Wednesday 22 June 2011

Hayati Bersama Keindahannya

Saya suka melihat pemandangan alam. Saya percaya anda juga begitukan. Sangat Indahkan ciptaan Allah S.W.T. Ia menenangkan mata dan hati apabila melihat kehijauan pepohon, ketenangan air di kolam, cicipan burung serta sinaran mentari yang semakin melabuhkan tirai senja. Apatah lagi apabila fikiran mula terbang melayang, kata lain, berangan! hehe... Segalanya boleh menjadi realiti dengan diiring usaha sungguh. Begitu juga, tidak mustahil untuk kita bergendang warisan merentasi benua. Indahnya Panorama desa...

Gendang Pahang

Seni Warisan Melayu. Untuk penulisan sekali ini, saya memilih dan mencuba untuk menulis berkenaan objek di sebelah iaitu mengenai Gendang Pahang. Ia terdiri daripada Gendang Ibu, Gendang Anak dan Gong yang dimainkan apabila bermula persembahan Silat. Persediaan bagi menyiapkan tugasan akhir semester kali ini, sedikit sebanyak memperkenalkan saya secara lebih dekat akan kesenian dan kebudayaan negeri. Menarik juga apabila sesekali kita menerjah ke bidang pengkhususan lain sebagaimana turut disarankan oleh pensyarah saya dan antaranya memasyurkan kembali warisan bangsa yang semakin jauh dengan generasi kini.

(Sumber gambar: http://tarisilatpusaka.wordpress.com/gendang-silat/)

Monday 20 June 2011

Warisan - Allahyarham Sudirman Hj Arshad

 
Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
*********

Wednesday 15 June 2011

Secuit Memori Semester Pendek

Alhamdulillah, kuliah Seni Tampak berakhir dengan persembahan kumpulan kami Art and Life. Bercambah akar ilmu kami berkenaan lukisan hasil karya pelukis ternama seperti Mr. Eugean Laermans. Jutaan terima kasih kepada Encik Nor Afian Hj. Yusof diatas ilmu yang curahkan dan ahli kumpulan yang sangat muhibbah. Bianglala, itu maknanya Pelangi. Saya merasakan begitu hati saya dan teman-teman untuk kuliah terakhir bersama Dr. Mawar Shafie. Pelbagai input baru terus disematkan buat bekalan penulisan cerpen kami oleh pensyarah yang sangat mesra tutur bicara dan senyumannya serta penuh dedikasi dalam pengkongsian ilmu. Terasa begitu pantas masa berdetik dan saya merasa antara yang bertuah berpeluang menyertai kuliah ini.:-)
     Semanis kek pemberian Dr. Mawar dan langsung dirai hari lahir rakan kuliah kami, Faizal. Ia pasti lakaran memori terindah buat Faizal diiringi lagu dendangan Imran Ajmain dan keindahan suasana itu turut dirasai kami. Buat Faizal ceria sokmo dan semoga sentiasa berjaya dalam bidang diceburi.
       Seenak kek berona ceria kami mula melakar secara lahiriah dan mujarad dengan kek sebagai objek utama tetapi untuk ini, saya tidak mampu melakarnya secara luar biasa. Sekilas, saya tertarik akan aura semangat rakan kuliah kami, shahrizan dalam menghayati ilmu penulisan kreatif dan saya percaya semangat itu wajar dicontohi. Siapa duga andai dia penulis akan datang. Menarik bersama pelbagai pengetahuan am sering dikongsi Fatin dan Kholijah. Semoga semangat seperti itu juga mampu saya raih dan Semoga ilham luar biasa juga bisa saya letuskan pada masa mendatang. InsyaAllah. Terima Kasih pada guru dan teman-teman kuliah yang sentiasa dihiasi manisnya tawa mesra semanis menikmati cairan kek berkrim. Maaf dihulur andai ada salah dan silap. Semoga kita ketemu lagi dan jangan lupa janji kita pada 24 Jun ini. Semoga berjaya!:-D

Wednesday 8 June 2011

Kuih Tepung Pelita




Utuk lapis bawah :
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh kapur sirih
3) 4­5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul
Untuk  lapis  atas :
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa
2) 1 senduk tepung beras
3) ½ sudu teh garam
Cara :
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang. Kemudian masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak anggaran 20 minit.
Untuk lapis bawah :
1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat)
Sedia untuk dihidangkan. 

sumber:  
http://www.scribd.com/doc/4775991/100-Resepi-KuihMuih-Malaysia