Friday, 27 May 2011

Seni Bina Putrajaya

Baru-baru ini saya ke Putrajaya. Lama mata tak memandang. Memang Menarik. Antaranya bagi saya, keunikan seni bina bangunan di sekitarnya dan penuh  dengan nilai estetik. Terasa pula apabila melalui antara bangunan ini, seolah-olah sedang berada di luar negara. Mempesonakan. Macam dalam iklan ZooM Malaysia - banyak untuk dilawati, banyak juga untuk diterokai. I love Malaysia.:-)

Tuesday, 17 May 2011

Selamat Hari Guru!

16 Mei, Hari Guru sememangnya hari yang istimewa buat warga pendidik... Terima Kasih cikgu atas curahan ilmu buat bekalan dunia dan ukhrawi. Sebagaimana seorang pemanggil di radio berkata, guru itu bukan sahaja di sekolah saja tetapi buat semua guru di universiti, kelas tambahan, kelas memandu waima kelas memasak.:) dan turut diungkapkan guru ibarat cahaya mentari yang tetap menerangi dalam setiap ruang. Selamat menabur ilmu dan bakti buat guru-guru yang dikasihi. Terima Kasih cikgu!

Monday, 9 May 2011

Masih Kuliah Pertama

Sangat Menarik. Hari ini pertemuan dan kuliah pertama dengan Prof. Madya Dr. Misran Rokimin. Coretan serangkap imaginasi salam perkenalan kami. Kuliah pertama untuk saya bagi Kritikal Seni Tampak setelah permohonan secara manual diterima. Alhamdulillah, syukur nikmat. Menarik dan luar biasa hasil seni yang dipamerkan. Itu rupanya Seni Tampak.

Sunday, 8 May 2011

Latihan Ilmiah

Dapat disiapkan juga sebahagian tugasan ini. Sebenarnya bukan mudah juga untuk menyiapkannya memerlukan penelitian dan pemahaman yang praktikal. Sememangnya perlu lebih banyak membaca dan memahami artikel kajian sebelumnya.

Wednesday, 4 May 2011

Hari Pertama Kelas Penulisan Kreatif

Pada pukul 2 sehingga 4  petang bermula kelas Penulisan Kreatif oleh Prof. Madya Dr. Mawar Shafei. Kelas yang menarik kerana pelbagai input yang diperolehi sama ada berkaitan tugasan atau istilah baru yang tidak diketahui sebelum ini. Saya belajar dengan penulis yang berpengalaman. Saya akan belajar untuk menjadi penulis yang baik dan kreatif. Semoga saya dapat melakukannya!Insya-Allah.