Tuesday 17 May 2011

Selamat Hari Guru!

16 Mei, Hari Guru sememangnya hari yang istimewa buat warga pendidik... Terima Kasih cikgu atas curahan ilmu buat bekalan dunia dan ukhrawi. Sebagaimana seorang pemanggil di radio berkata, guru itu bukan sahaja di sekolah saja tetapi buat semua guru di universiti, kelas tambahan, kelas memandu waima kelas memasak.:) dan turut diungkapkan guru ibarat cahaya mentari yang tetap menerangi dalam setiap ruang. Selamat menabur ilmu dan bakti buat guru-guru yang dikasihi. Terima Kasih cikgu!

No comments:

Post a Comment