Wednesday, 15 June 2011

Secuit Memori Semester Pendek

Alhamdulillah, kuliah Seni Tampak berakhir dengan persembahan kumpulan kami Art and Life. Bercambah akar ilmu kami berkenaan lukisan hasil karya pelukis ternama seperti Mr. Eugean Laermans. Jutaan terima kasih kepada Encik Nor Afian Hj. Yusof diatas ilmu yang curahkan dan ahli kumpulan yang sangat muhibbah. Bianglala, itu maknanya Pelangi. Saya merasakan begitu hati saya dan teman-teman untuk kuliah terakhir bersama Dr. Mawar Shafie. Pelbagai input baru terus disematkan buat bekalan penulisan cerpen kami oleh pensyarah yang sangat mesra tutur bicara dan senyumannya serta penuh dedikasi dalam pengkongsian ilmu. Terasa begitu pantas masa berdetik dan saya merasa antara yang bertuah berpeluang menyertai kuliah ini.:-)
     Semanis kek pemberian Dr. Mawar dan langsung dirai hari lahir rakan kuliah kami, Faizal. Ia pasti lakaran memori terindah buat Faizal diiringi lagu dendangan Imran Ajmain dan keindahan suasana itu turut dirasai kami. Buat Faizal ceria sokmo dan semoga sentiasa berjaya dalam bidang diceburi.
       Seenak kek berona ceria kami mula melakar secara lahiriah dan mujarad dengan kek sebagai objek utama tetapi untuk ini, saya tidak mampu melakarnya secara luar biasa. Sekilas, saya tertarik akan aura semangat rakan kuliah kami, shahrizan dalam menghayati ilmu penulisan kreatif dan saya percaya semangat itu wajar dicontohi. Siapa duga andai dia penulis akan datang. Menarik bersama pelbagai pengetahuan am sering dikongsi Fatin dan Kholijah. Semoga semangat seperti itu juga mampu saya raih dan Semoga ilham luar biasa juga bisa saya letuskan pada masa mendatang. InsyaAllah. Terima Kasih pada guru dan teman-teman kuliah yang sentiasa dihiasi manisnya tawa mesra semanis menikmati cairan kek berkrim. Maaf dihulur andai ada salah dan silap. Semoga kita ketemu lagi dan jangan lupa janji kita pada 24 Jun ini. Semoga berjaya!:-D

2 comments:

  1. Siti yang manis,
    ya, semoga kita berjumpa lagi. selamat maju jaya untuk 24 jun!

    ReplyDelete
  2. Dr. Mawar yang lebih manis ^_^, hehe
    Terima Kasih, InsyaAllah bersama iringan doa dr. semoga kami dapat menjawabnya dengan jaya.:)

    ReplyDelete