Sangat Menarik. Hari ini pertemuan dan kuliah pertama dengan Prof. Madya Dr. Misran Rokimin. Coretan serangkap imaginasi salam perkenalan kami. Kuliah pertama untuk saya bagi Kritikal Seni Tampak setelah permohonan secara manual diterima. Alhamdulillah, syukur nikmat. Menarik dan luar biasa hasil seni yang dipamerkan. Itu rupanya Seni Tampak.
Monday, 9 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Latihan Ilmiah
Dapat disiapkan juga sebahagian tugasan ini. Sebenarnya bukan mudah juga untuk menyiapkannya memerlukan penelitian dan pemahaman yang praktikal. Sememangnya perlu lebih banyak membaca dan memahami artikel kajian sebelumnya.
Wednesday, 4 May 2011
Hari Pertama Kelas Penulisan Kreatif
Pada pukul 2 sehingga 4 petang bermula kelas Penulisan Kreatif oleh Prof. Madya Dr. Mawar Shafei. Kelas yang menarik kerana pelbagai input yang diperolehi sama ada berkaitan tugasan atau istilah baru yang tidak diketahui sebelum ini. Saya belajar dengan penulis yang berpengalaman. Saya akan belajar untuk menjadi penulis yang baik dan kreatif. Semoga saya dapat melakukannya!Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


